Monday 25 September 2017

MIX lagi...


[edit pada 31 Julai 2017 - konsep "booked & locked" ialah konsep yg diamalkan oleh aku sendiri untuk mengelakkan diri ini dari tertipu / ditipu / dll...oleh itu sesiapa yg tidak bersetuju @ tidak mahu bekerjasama dalam konsep ini, maaf, anda tidak akan dilayan...konsep ini juga adalah untuk melindungi hak-hak aku & pelanggan...dan konsep ini berdasarkan kepada 'siapa yg bayar dulu dialah yg akan diutamakan...sekian, terima kasih...]

[edited on 29 march 2022 - lokasi Pomen Pokok Ceri adalah di IPOH, PERAK...jadi kpd sesiapa yg GOOGLE Pomen On Wheel sila ambil maklum...sekian, terima kasih...] 


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
dan Salam Sejahtera,

Syukur kepada-Mu Ya ALLAH, sekali lagi kami telah berjaya dengan izin-Mu Ya ALLAH...kalini ada 2 buah kereta Proton Savvy AMT telah berjaya kami selamatkan dgn Izin-MU Ya ALLAH...satu datang dari Pekan Pusing, Batu Gajah, Perak dan satu lagi datang dr Serdang, Selangor...kedua2nya telah datang menghantar kereta kesayangan masing2 ke lokasi aku kt Putrajaya...jom layan gambar mana yg ada k...



Silver WQH 9706...


Kereta ni HARUS tukar clutch plate sebab dh terlebih mileage...kebiasaannya savvy amt kena tukar clutch plate pd mileage 180,000 kilometer tapi kereta ni dh terlebih sampai 209,xxx kilometer...mujurlah ianya masih boleh diselamatkn...pressure plate pun nasib baiklh tak jahanam dan tali kabel clutch pump pun masih boleh digunakan lg...jom layan gambar mana yg ada k...



bacaan error drpd scanner pinjam :)

dah teruk sgt dah leakingnya tu...


bukti...

pembantu tetap, hehehe...




Si Kelabu DBJ 3511 dari Perak...


Asalnya kereta ini aku buat tukar speed sensor & servis TDC Sensor je masa aku datang ke lokasi rumah pemiliknya di Perak...nak jadi cerita masa bukak2 je bonet kereta ni terlihatlah akan kekotoran yg sangat dasyat akibat dari leaking dari bahagian enjin...kotoran tersebut telah merebak hinggakan bahagian throttle body pun da daki minyak hitam yg agak tebal...proses yg dilakukan ialah menukar gasket enjin serta servis 3 serangkai di bahagian robotik gear...tapi malangnya gambar sebelum dan selepas xberapa nk lengkap sebab terlupa nak snap...pulun masa sebab dah nk gelap...jom layan gambar k...




bukti...




dah kotor sbb leaking...

penuh habuk...

lepasni xpayah ketuk2 lg dh...

dh nampak kotor dh clutch pumpnya...

intake manifold yg kotor (sebelum cuci)...




selepas dicuci dan tukar gasket...

2nd close-up...
Ribuan terima kasih diucapkan kpd pemilik2 kereta tersebut kerana mempercayai kami para Pomen Pokok Ceri ini...


Ya ALLAH, sesungguhnya aku benar2 bersyukur kepada-MU YA ALLAH...sungguhpun kami ini dilabelkan sebagai Pomen Cap Ayam yg mana kami tidak memiliki sebarang sijil kelayakan, kami tetap berjaya membaikpulih kenderaan ini YA ALLAH...sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Berkuasa Ke Atas Segala-galanya YA ALLAH...
Syukur Pada-MU Ya ALLAH kerana Engkau telah mempermudahkan urusan tersebut...

Pomen Pokok Ceri @ Atan - 0106315942

No comments: