Wednesday, 7 December 2016

Cooling Coil & Condenser GEN2 CAMPRO

[edit pada 31 Julai 2017 - konsep "booked & locked" ialah konsep yg diamalkan oleh aku sendiri untuk mengelakkan diri ini dari tertipu / ditipu / dll...oleh itu sesiapa yg tidak bersetuju @ tidak mahu bekerjasama dalam konsep ini, maaf, anda tidak akan dilayan...konsep ini juga adalah untuk melindungi hak-hak aku & pelanggan...dan konsep ini berdasarkan kepada 'siapa yg bayar dulu dialah yg akan diutamakan...sekian, terima kasih...]
lokasi Pomen Pokok Ceri adalah di Putrajaya...jadi kpd sesiapa yg GOOGLE Pomen On Wheel sila ambil maklum...sekian, terima kasih...


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
dan Salam Sejahtera,


Syukur kepada-Mu Ya ALLAH, sekali lagi kami telah berjaya dengan izin-Mu Ya ALLAH...kalini aku dgn bantuan rakan pomen telah berjaya memulihkan kereta Proton Gen2 milik Isteriku...air-cond tak rasa sejuk langsung dan bau asap masuk melalui ruang udara @ air vent tersebut...kena tukar cooling coil dan juga condenser...nasib baik ada satu half-cut yg mmg dah ada lama kt bengkel member ni, tak perlu susah payah cari part...so kerja2 pun bermula dengan proses pemukaan papan pemuka a.k.a dashboard...jom layan gambar k...



terbarai dh dashboard...

skru bertaburan :)


cooling-coil secondhand dr half-cut yg mmg dh ada kt dlm bengkel...

kotor plak dh...kena balut hitam pasni, hehehe...



pemasangan semula dashboard...

Gambar yg lain xsempat nk snap sebab sibuk bantu member buat kerja...tukar waterpump pipe, bukak condenser dan lain2...

Ya ALLAH, sesungguhnya aku benar2 bersyukur kepada-MU YA ALLAH...sungguhpun kami ini dilabelkan sebagai Pomen Cap Ayam yg mana kami tidak memiliki sebarang sijil kelayakan, kami tetap berjaya membaikpulih kenderaan ini YA ALLAH...sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Berkuasa Ke Atas Segala-galanya YA ALLAH...
Syukur Pada-MU Ya ALLAH kerana Engkau telah mempermudahkan urusan tersebut...

Pomen Pokok Ceri @ Atan 010-6315942

No comments: