Thursday 4 September 2014

Fuel Pump oh Fuel Pump...


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
dan Salam Sejahtera,



[edited on 19 january 2016 - konsep "booked & locked" ialah konsep yg diamalkan oleh aku sendiri untuk mengelakkan diri ini dari tertipu / ditipu / dll...oleh itu sesiapa yg tidak bersetuju @ tidak mahu bekerjasama dalam konsep ini, maaf, anda tidak akan dilayan...konsep ini juga adalah untuk melindungi hak-hak aku & pelanggan...dan konsep ini berdasarkan kepada 'siapa yg bayar dulu dialah yg akan diutamakan...sekian, terima kasih...]

[edited on 3 march 2017 - lokasi Pomen Pokok Ceri adalah di Putrajaya...jadi kpd sesiapa yg GOOGLE Pomen On Wheel sila ambil maklum...sekian, terima kasih...]



Masalah "fuel pump" kebiasaannya melanda apabila usia kereta dah mencecah 5 ke 6 tahun ke atas...dan ada juga kereta yang baru je berusia 3 tahun dah kena dah masalah ni...antara tanda2 yang mengesahkan bahawa "fuel pump" dah rosak ialah :-

1.     enjin kereta boleh dihidupkan macam biasa tapi akan mati selang beberapa ketika (bergantung kepada keadaan)
2.     enjin kereta tidak dapat dihidupkan (macam dapat hidup tapi tiada daya nak terus hidup)
3.     enjin kereta dapat dihidupkan dan boleh bergerak tapi cuma dapat bergerak sejauh 5 ke 10 kilometer sahaja...

Punca2 yang selalunya menyebabkan "fuel pump" cepat rosak :-
-     bila ikon minyak petrol dah menyala, lekas2lah cari stesen minyak untuk "topup" semula petrol kereta...jangan amalkan biar lelama kemudian bila dah kering sangat baru nak di isi...bila amalan macam ni diamalkan selalu, sensor dalam "fuel pump" akan bekerja keras untuk mengepam minyak petrol dari tangki supaya dapat di alirkan ke enjin TANPA HENTI sampailah minyak petrol dalam tangki habis kering...bila dah kering, terus takdapat nak dihidupkan dah enjin tu..."fuel pump" pula akan terus bekerja untuk menyedut segala apa yang ada didalam tangki selagimana kunci kereta dipulas untuk menghidupkan enjin...tu yang punca yang menyebabkan "fuel pump" tersebut rosak...


"Fuel Pump" proton savvy ORIGINAL
Pomen Pokok Ceri @ Atan
 010-6315942

5 comments:

Unknown said...

Perkongsian yang baik

Unknown said...

Perkongsian yang baik

Pomen Savvy said...

terima kasih krn sudi baca blog sy mr. Unknown :)

Anonymous said...

Perkongsian yang amat berguna.. Terima kasih admin

Pomen Savvy said...

terima kasih krn masih sudi baca blog ni :)