Monday 2 June 2014

Spark Plug Yg Jahanam...



بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
dan Salam Sejahtera,


[edited on 19 january 2016 - konsep "booked & locked" ialah konsep yg diamalkan oleh aku sendiri untuk mengelakkan diri ini dari tertipu / ditipu / dll...oleh itu sesiapa yg tidak bersetuju @ tidak mahu bekerjasama dalam konsep ini, maaf, anda tidak akan dilayan...konsep ini juga adalah untuk melindungi hak-hak aku & pelanggan...dan konsep ini berdasarkan kepada 'siapa yg bayar dulu dialah yg akan diutamakan...sekian, terima kasih...]

[edited on 29 march 2022 - lokasi Pomen Pokok Ceri adalah di IPOH, PERAK...jadi kpd sesiapa yg GOOGLE Pomen On Wheel sila ambil maklum...sekian, terima kasih...]

 
 
 
Sabtu (31 Mei 2014) ada owner hantar kereta kt aku...katanya kereta dia selalu sengguk2 dan gear kerap tertukar sendiri serta enjin selalu mati2...aku harus periksa dan test sendiri kereta tersebut barulah boleh estimate harga berapa nak repair...
Setelah pemeriksaan dilakukan, didapati coil + cable plug dan plug telah jahanam...maka persetujuan pun dicapai utk menukar set coil dan kabel original renault dan juga spark plug champion...
Permulaan proses mmg tak nampak apa2 yg ganjil...tp bila nak tarik keluar spark plug, ada keganjilan berlaku...spark plug tidak dapat dikeluarkan...pelik...suluh kedalam bahagian spark plug tersebut dan didapati ada getah hose cable plug tertinggal didalam...cara alternatif utk mengeluarkan getah tersebut ialah dgn menggunakan sebatang besi / aluminium yg tajam dihujungnya dan cucuk sikit bahagian getah hose tersebut serta bawanya keluar dengan perlahan dan selamat...
Alhamdulillah, proses pun selesai dan owner kereta berpuashati...Syukur Alhamdulillah Ya ALLAh atas kurniaan rezeki ini   :)



Pomen Pokok Ceri @ Atan
 010-6315942

No comments: