Monday 2 June 2014

Solder oh Solder...




بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
dan Salam Sejahtera,


[edited on 19 january 2016 - konsep "booked & locked" ialah konsep yg diamalkan oleh aku sendiri untuk mengelakkan diri ini dari tertipu / ditipu / dll...oleh itu sesiapa yg tidak bersetuju @ tidak mahu bekerjasama dalam konsep ini, maaf, anda tidak akan dilayan...konsep ini juga adalah untuk melindungi hak-hak aku & pelanggan...dan konsep ini berdasarkan kepada 'siapa yg bayar dulu dialah yg akan diutamakan...sekian, terima kasih...]

[edited on 29 march 2022 - lokasi Pomen Pokok Ceri adalah di IPOH, PERAK...jadi kpd sesiapa yg GOOGLE Pomen On Wheel sila ambil maklum...sekian, terima kasih...]

 
 
Sabtu yg lepas (31 Mei 2014) aku bergerak ke Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang untuk tugas2 menyelamatkan Proton Savvy AMT...menurut owner, kereta tidak dapat dihidupkan dan gear juga tidak dapat diengage...sedangkan masa tukar clockspring dulu elok je gear...setelah persetujuan dicapai, aku pun bergerak ke lokasi...
Setibanya kt lokasi, operasi terus dijalankan sebab awan dah mula nak mendung...bernasib agak baik juga kerana kereta diletakkan dibawah porch parking walaupun bumbung separuh je...
Tapi bila dah bukak je electric pump, ada bau hangit yg dihidu oleh si hidung...rupa2nya electric pump kereta owner ni pernah diservis dan ditukar carbon brushnya...cuma apa yg dapat diperhatikan disini adalah ketidakemasan solder...itulah yg menjadi punca gear tak dapat engage...bau hangit pun boleh tahan...



Setelah proses pembersihan dilakukan, aku balut bahagian wayar yg terdedah tu untuk mengelakkan terjadinya lagi short dan bau hangit hingga mengakibatkan gear tak dapat nak engage...masatu ujan mmg lebat, syukur Alhamdulillah kerja2 semuanya berjalan lancar...

Pomen Pokok Ceri @ Atan
 010-6315942

No comments: