Wednesday 21 May 2014

Membaikpulih Sistem AMT (Automated Manual System) SAVVY



بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
dan Salam Sejahtera,


[edited on 19 january 2016 - konsep "booked & locked" ialah konsep yg diamalkan oleh aku sendiri untuk mengelakkan diri ini dari tertipu / ditipu / dll...oleh itu sesiapa yg tidak bersetuju @ tidak mahu bekerjasama dalam konsep ini, maaf, anda tidak akan dilayan...konsep ini juga adalah untuk melindungi hak-hak aku & pelanggan...dan konsep ini berdasarkan kepada 'siapa yg bayar dulu dialah yg akan diutamakan...sekian, terima kasih...]

[edited on 29 march 2022 - lokasi Pomen Pokok Ceri adalah di IPOH, PERAK...jadi kpd sesiapa yg GOOGLE Pomen On Wheel sila ambil maklum...sekian, terima kasih...] 

Dengan izin ALLAH S.W.T dan berbekalkan pengalaman serta ilmu yang diperolehi dari Tok Guru Savvy dan kawan2, maka aku dengan ini memberanikan diri untuk membuka sebuah blog yang khusus untuk memaparkan kerja2 sampingan aku iaitu menyediakan khidmat membaikpulih kereta Proton Savvy AMT...

Segalanya bermula pada tahun 2009, dimana kereta yang aku gunakan iaitu sebuah kereta jenis Proton Savvy AMT tahun 2006 telah mengalami kerosakan pada sistem gearnya...gear auto tidah boleh digunakan / engage...hanya gear manual 1 - 5 sahaja yang boleh diguna...ini agak menyusahkan aku sebab aku memandu hanya dengan menggunakan tangan kiri sahaja...langkah pertama yang aku lakukan ialah menghubungi Tok Guru Savvy iaitu Kirol San yang berada di Kuala Kedah, Kedah Darul Aman...
Beliau telah memberikan khidmat nasihat dan juga aturcara tentang bagaimana untuk menyelesaikan masalah kerosakan pada sistem gear tersebut secara Do It Yourself melalui telefon...step by step, 1 demi satu, aku kumpulkan kesemua tool's yang diperlukan untuk membuka segala peralatan yang berkenaan...berkat izin ALLAH S.W.T akhirnya aku berjaya membukanya...
Benda pertama yang aku buka sendiri ialah electric pump yang mana mempunyai carbun brush didalamnya...aku bukak dan tengok sendiri keadaan dalaman electric pump tersebut...penuh dengan debu dari carbon brush yang berpusing didalamnya...macam biasa, bersihkan dulu debu2 yang terdapat didalam tu dan tukar carbon brush jika ianya sudah terlalu pendek...
Kemudian apabila telah selesai, proses pemasangan semula dilakukan...selesai...namun masalah lain mula timbul...gear auto hanya dapat digunakan sekejap sahaja dalam lingkungan 10kilometer perjalanan sahaja...call semula Tok Guru Savvy dan beliau menasihatkan supaya bom a.k.a accumulator ditukar...harga yang agak mahal bagi sebiji accumulator...kena buat pinjaman dengan ibu tercinta barulah aku mampu untuk mendapatkan sebiji accumulator yang baru untuk ditukar dengan yang lama...
Proses membuka dan memasang semula accumulator ini sememangnya mencabar bagi sesiapa yang baru pertama kali melakukannya...kebetulan modal memang tengah kering, aku terus memerah kepala hotak ni untuk berfikir macamana caranya untuk menggantikan spanar untuk membuka accumulator tersebut...dan dengan izin ALLAH S.W.T jualah yang telah memberikan ku pedoman untuk mengambil batang besi pagar yang terbuang dan mengubahsuainya menggunakan grinder untuk mendapatkan saiz yang sesuai untuk membuka accumulator tersebut...Alhamdulillah, bersyukurku kepada ALLAH S.W.T aku berjaya membuka serta memasang semula accumulator tersebut...dan akhirnya kereta savvy AMT aku boleh digerakkan seperti sediakala...

Bermula dari situlah, Tok Guru Savvy a.k.a Kirol San telah menurunkan ilmu demi ilmu untuk menangani masalah savvy AMT ini...bukak tukar dan servis electric pump, bukak tukar dan servis clutch pump, bukak dan tukar accumulator, bukak dan servis CPSensor, cara nak diagnose problem savvy AMT yang takboleh nak dihidupkan enjinnya, cara nak kenalpasti punca kerosakan pada savvy AMT dan macam2 lagi...Alhamdulillah dengan izin ALLAH S.W.T aku kini telahpun mendapat gelaran Pomen Pokok Ceri @ Pomen Cap Ayam yg mana gelaran itu bukan sengaja nak diguna...ada cerita disebalik nama Pomen Pokok Ceri tersebut...namun biarlah ianya menjadi rahsia sahaja...

Hingga kini, aku masih lagi menjalankan tugas sampingan tersebut...jika ada pemilik kereta savvy AMT yang memerlukan khidmat aku, aku akan segera memberikannya...
Ya ALLAH, sesungguhnya aku bersyukur dengan kurniaan Mu ini Ya ALLAH...

HnR Atan @ Pomen Pokok Ceri

010-6315942

318 comments:

«Oldest   ‹Older   201 – 318 of 318
jefry said...

Salam tuan.
Bila pandu savvy amt saya tiba tiba gear tukar jadi Free gear.pastu lampu gear menyala nak masuk gear dah tak boleh.
Kenapa tuan ..Bom dah tukar dgn speed sensor

Pomen Savvy said...

ye...punca dr oring yg sudah keras / tidak berfungsi dgn baik...
tidak perlu tukar selagimana ianya masih boleh berfungsi dgn baik...

adi zakry said...

salam tuan..ni mslah savvy saya skg ni bila start buzer tu bunyi lmbat sgt berenti...dan kedua rasanya masalah clock spring berdasarkan komen2 diatas..boleh x kalau saya buka clockspring tu utk sementara? bila dpat baru barulah saya pasang..boleh x?

Pomen Savvy said...

Salam Jefry,
gear ke N tu punca dr 2...electric pump ataupun clutch pump...dlm kes kamu ni lebih kpd electric pump...

Salam Adie Zakrie,
bunyi buzer tu cuma kena reset computerbox je...boleh juga klu nk bukak clockspring tu tp nnt sugnal jadik x main a.k.a kena jaga secara manual lah signal tu...

Aduka said...

Assalam Tuan Pomen pakar Savvy, Kereta saya savvy AMT ni, auto sign menyala dan menyebabkan speed meter tak berfungsi, ia juga menyebabkan gear bertukar ke 'N' bila berhenti, kadang2 bila masuk gear secara manual, Ia jump ke gear 5. Pernah juga terjadi bila tgh speed at gear 5 tiba2 je gear jatuh ker gear 3, menyebabkan enjin berderum. kalau pakai gear auto, ianya lambat utk bertukar dari gear ke gear. Bengkel scan mnunjukan speed meter, tapi mereka kuathir bukan sebab speed censor. Dia saran tukar gear box. Apa tilikan tuan dgn masalah2 diatas. Kalau tukar gear box, boleh ke tuan usahakan?

Pomen Savvy said...

Salam Tuan Aduka,
pada pendapat sy dr segi apa yg Tuan ceritakan tu, ianya adalah masaalah pada GEARSTICK + SPEED SENSOR + CLUTCH PLATE...
nk tukar gearbox tu mmg kena bawa ke bengkel dan sy ada stok simpanan gearbox baru tp reject dr proton...maksudnya gearbox yg dh siap dari kilang tp x sempat dipasang / digunakan sebab savvy dh stop production...
cadangan sy, tukar gearstick yg dh diperbaiki dan tukar gearbox (gearbox yg baru tiada clutch plate)kena beli clutch plate sekali...sebarang pertanyaan Tuan bolehla call/mesej sy k...

jefry said...

Assalam encik Atan ,
Saya pakai kereta savvy AMT, pandu tiba gear free dan nak masuk gear manual atau auto tak boleh dan enjin boleh start.cuba masuk gear akan naik lampu gear,bila off enjin dan start enjin lampu akan padam tapi gear tak boleh masuk lampu akan menyala semula.
apa permasalahan kereta saya tuan,

Pomen Savvy said...

Salam encik Jefry,
itu pressure dh x stabil...

IMZA RON RISAN said...

Salam.. timing belt brp km perlu tukar..? Nak ty jugk ttg bila perlu tukar myk auto n gear?...Savvy sy bila masuk gear 2 terhenjut2 dulu, dah lju sikit bru hilang henjut2, knp ye?

Pomen Savvy said...

Salam...
timing belt tukar ikut milage...standard 85K tu dh kena tukar dh...
Minyak auto klu guna fully sintetik tukar setiap 40K...minyak gearbox standard renault tukar setiap 180K...
jerking tu sbb clutch pump + tdc dh kotor & leaking...

IMZA RON RISAN said...

Klu gitu myk auto dah perlu tukar ni..dah lbh 50k...

Unknown said...

kenapa selalu bila bawa selalu tertukar manual sndiri. Apa masalah dia?

Pomen Savvy said...

itu bom ngko dh kong...

Unknown said...

Assalamualaikum tuan ,

nak tanya sikit. kalau proton savvy gear dia - bukan N ? kenapa yaa ?

zax2_z said...

Salam. Savvy saya keluar auto light & speed drop 0 (walaupun actual speed masih jalan). Gear Jerking terutama gear 1-2. Lagi satu time tukar gear kuat bunyi "tak" kedengaran. Boleh advise? Terima kasih sifu.

Pomen Savvy said...

Waalaikumsalam UNKNOWN 18:21,
itu tandanya kena tukar / jump bateri...bateri dah kong tu :)

Salam zax2z,
speedometer sensor dh rosak & clutch pump dh leaking...

chriszcheah said...

Salam Sifu dan Selamat Hari Raya, masalah Savvy AMT saya xhidup dan tidak datang arus elektrik selepas ditinggalkan melebihi 10 bulan. Apakah masalahnya sifu?

Unknown said...

Salam Tuan

Saya ada masalah dengan Savvy AMT saya. Auto light menyala bila change gear (drop gear) dan juga bila berhenti. Gear x boleh tukar bila auto light menyala.
Apa yang saya buat, saya off engine dan start balik, auto light x menyala dan boleh tukar gear. Kekadang bila off x boleh start walaupun auto light x menyala dan fan akan on sendiri. Bila fan stop baru boleh start engine.

Apa masalah dengan AMT saya?

Pomen Savvy said...

chriszcheah, bateri...


Salam Tuan Ahmad Yusri,
itu adalah masah kpd pressure system kt robotic...

Unknown said...

Salam Tuan

Jika dalam keadaan berenti dalam mode gear (D or 1), bila auto light menyala gear akan ke N. Adakah itu pun masalah pada pressure system robotic?

Jika masalah ini, apa yang perlu direpair dan berapa anggaran kos?

Pomen Savvy said...

Salam Tuan Ahmad Yusri,
kena periksa dulu baru boleh confirm apa yg rosak atau tak dan apa yg perlu tukar...

ldpppdt said...

Asslmkm,maaf sy ingin bertanya masalah savvy saya signal light Dan emergency light x berfungsi,check fuse ok,apa masalahnya

ldpppdt said...

Asslmkm,maaf sy ingin bertanya masalah savvy saya signal light Dan emergency light x berfungsi,check fuse ok,apa masalahnya

Pomen Savvy said...

ldppdt, tukar mentol signal tu...dh terbakar dh tu...

Unknown said...

Salam Tuan,

Terima Kasih atas khidmat nasihat, selepas servis AMT pump. Masalah auto light sudah tiada. Lupa nak tanya, kekadang savvy saya susah nak start, off on key 2 3 kali baru boleh start. Adakah ini ada masalah dengan starter?

Pomen Savvy said...

Sama2 Tuan Ahmad Yusri,

kebiasaannya susah nk start tu berpunca dr TDC Sensor...ada juga yg berpunca dr plug n coil...dan ada jg yg berpunca dr electric pump tu sendiri...tp dr apa yg dibgtau tu sy rasa puncanya dr TDC Sensor tu...

Unknown said...

As salam, savvy saya tuning kadang2 naik masa sendiri.. Kadang2 stabil.. Bila tuning naik.. Masa nak tekan minyak utk jalan mcm nak melompat-lompat kereta ke depan.. Rasa mcm nak tertanggal enjin dr badan.. Ada masa ok.. Ada masa jadi cam tu... Apa masalah pomen kedai pun pening nak cari.. Dah tuning pun masih jd lg kadang2..

Unknown said...

Salam Tuan.

Keta Savvy saya xboleh start. Baru je start hr tu ok. Bateri baru charge and suma lampu menyala ok. Try gak ketuk2 starter motor, tak start jugak. Masa start xde bunyi ape-ape tp kejap2 lampu auto yg kuning tu naik. Nak buat mcmne ek?

P/S: Ni keta 2nd baru beli.

Unknown said...

Salam Tuan

Saya baru beli keta Savvy 2nd. Tp bru2 ni xle start. Bateri bru charge, and bila on suma menyala ok. Gear N. Tp bila start xde bunyi ape2. Masa nak start tu kdg2 lampu auto menyala. Try jugak ketuk2 starter motor, xle start jugak. Mohon nasihat.

Unknown said...

Salam Tuan

Saya baru beli keta Savvy 2nd. Tp bru2 ni xle start. Bateri bru charge, and bila on suma menyala ok. Gear N. Tp bila start xde bunyi ape2. Masa nak start tu kdg2 lampu auto menyala. Try jugak ketuk2 starter motor, xle start jugak. Mohon nasihat.

Pomen Savvy said...

Salam Unknown,
itu kena cek dulu...kekadang sensor je yg kotor tu...

Salam ahmad,
sampai 3 kali ko taip commenmt tu...boleh je diselesaikan masalah tu...call atau wasap aku kt 0106315942 ok...

Unknown said...

Salam tuan. Kereta sy bila jln lama, lmpu auto akn mnyala. Lpstu blh guna manual je. Dh lma skit lmpu auto mati bru blh guna auto & manual. Itu masalah ap ya

Abu said...

Assalamualaikum Tuan, kete savvy saya ada masalah, auto alarm selalu nyala dan bila nyala, speedometer tak fungsi. Kadang kadang auto alarm hilang tapi engine rpm ram tinggi than lampu auto nyala balik. Saya dah bawa ke proton service, dia orang dah tukarkan rocker arm cover gasket sbb leaking, vss(vehicle speed sensor), clutch pump kit dan electric pump sbb kononnya weak. Tapi selepas buat , saya masih alami same problem iaitu auto alarm tetap nyala. Tlg bantu selesaikan masalah saya.

Pomen Savvy said...

Salam Haziqah Zafirah,
itu pressure dr bom dh mula berkurangan...clutch pump mesti dh mula leaking...

Waalaikumussalam Tuan Abu Hussien,
itu maknanya plate utk Speed Sensor (VSS) tu dh kotor @ rosak yg berpunca dr leaking bahagian rocker cover engine...kena bukak n turunkn gearbox utk cuci plate sensor tu n masalah akan selesai...

Unknown said...

Salam tuan, auto sign menyala, gear tak boleh masuk kadang2 ok. Tengah drive auto sign keluar kadang2 masih boleh guna manual lg. Apa masalahnya tuan

Pomen Savvy said...

Salam,
itu samada bom ataupun speed sensor...kena cek utk confirm...

hubby_scandal said...

Salam tuan pomen
Savvy auto light menyala dan padam kadang2. Menyebabkan auto gear x dpt d gunakan.
Scan obd mengatakan presure low n sensor short. Apakah keberangkalian punca kerosakannya itu.

Pomen Savvy said...

Salam,
tukar bom & setel masalah...

jat said...

salam tuan,

sy dr shah alam, savvy amt 07 sy xboleh start setelah 2 minggu sy xhidupkan, sebelum tu xde pape masalah atau simptom. mula2 sy syak bateri, tp lepas tuka bateri pn masih senyap je xde bunyi crank. sy perasan bila pintu kereta di buka xde bunyi bzzz (bunyi macam ade pump sedang berfungsi) yg selalunye ade dan lampu gearbox menyala. agak2 tuan ape masalahnye ye? tq

Pomen Savvy said...

Salam jat,
itu rasanya masalah ringan je tu...silakan call @ sms @ wasap je kt 0106315942 ok...

adi zakry said...

salam tuan...
speed meter kadang x fungsi,,tpi bila speed sensor dibersihkan meter gerak semula,,perlu x sya tukar speed sensor ataupun mcm mna? meter rpm pn kadang2 x gerak..tpi bila map sensor dibersihkan ok pula...perlu tukar ataupun x?

Pomen Savvy said...

Salam Adie Zakrie,
jelas kt situ bahawa enjin kereta anda dh leaking...try tukar topset gasket cover dulu...map sensor klu dh ada minyak mmg akan jadi masalah...sama jgk dgn speed sensor...tapi klu dibiarkan lama, maka map sensor dan jgk port utk speed sensor akan rosak...

adi zakry said...

terima kasih maklum balas tuan..tukar topset tu mksdnya top overhaul ataupun tukar gasket head saja?

Pomen Savvy said...

sama2,
tukar gasket cover dulu sbb yg tu murah sikit...nk bukak je yg agak susah klu baru first time...

adi zakry said...

salam ramadan tuan....ni nak tnya sikit...clutch pump klu da leaking boleh menyebabkan gear kekadang tukar kpd manual x? dan bila da masuk manual x dpt nak masuk auto, kena off enjin dlu baru boleh. bom dgn pump baru tukar

Pomen Savvy said...

Salam tuan adie zakrie,
bom dgn pump baru tukar? yg sy faham ikut cerita ni electric pump yg baru tukar tu kan?
leaking pada clutch pump tidak akan menyebabkan gear bertukar2 dari D kpd MANUAL atau sebaliknya...leaking tersebut cuma akan mengakibatkan kereta jadi tersengguk2 jerking...masa tukar bom tu cuci sekali x auto filter? klu cuci maknanya auto solenoid dh kong le tu...

adi zakry said...

terima kasih tuan...kalau nk tukar solenoid tu mahal x benda tu?

Pomen Savvy said...

tgk juga pada siapa yg jual...ada yg jual mahal ada jugak yg jual murah2 je...

adi zakry said...

apa pula masalah sekiranya menunggu dlm jem/trafik light buzer tiba2 berbunyi..gear dlm keadaan masuk

Unknown said...

assalam bang savvy amt sye bile msuk gear trus mlompat mcm bwak krte mnual tlpas clutch.hri tu die berat.skrg xbleh msuk gear.msuk gear trus lompat.ni msalah clutch plate atau clutch pump?

Unknown said...

assalam boss na tnye savvy amt sye bile msuk gear trus mlompat mcm lpas clutch laju.lpas tu gear sush msuk.hri tu krte jdi berat.skrg xbleh jln.msuk gear trus mlompt n tpdam.msalah clutch plate hbs atau clutch pump?

Pomen Savvy said...

adie zakrie, itu sensor auto detect minyak auto xmencukupi dlm sistem...


salam dafie...telah dijawab dlm wasap, hehehe...

adi zakry said...

terima kasih atas maklum balas tuan...dan lagi nk tanya...keta kat traffic light tetiba mati...bila nak start susa nak hidup..kena tggu dlm 2-3 minit dan bagi main lock pintu bru blh hidup...

Pomen Savvy said...

apehal plak nk kena main lock pintu plak baru nak blh start? xde kena mengena langsung amt dgn lock pintu tu...immobilizer pun xde kena mengena tau dgn amt...
situasi camtu selalu jadi sbb ada beberapa perkara yg harus diperiksa dgn detail dulu baru blh tau apa masalahnya...klu setakat tulis kt sini mmg xtau la apa yg rosak...

Unknown said...

Salam tuan...apa masalah bila nak start hanya ada bunyi tok skali shaja then kosong...lama2 buat baru boleh start...boleh tolong jelaskan punca2 msalah tu...tpi bila selepas kereta dah bjalan klau off engine then on balik senang pulak nak start balik...masalah tu bila kereta dah park berjam2 akan jdi macam tu...

Pomen Savvy said...

Salam abdul haqim,
ikut pd tilikan dan bacaan (mcm Bomoh plak dh), itu masalah pd starter dan mungkin jgk pd temperature sensor...kena cek bebetul dulu baru boleh confirm...tapi klu masalah start bunyik TOK tu saje memang masalah starter tu...yg psl temperature sensor tu aku nk jelaskn kena berdepan baru boleh cerita k...

IMZA RON RISAN said...

Kenapa kereta x blh start..lps tu keluar lambang (-).. tak keluar lmbang (N)...terus syp bila start..

IMZA RON RISAN said...

Kenapa kereta x blh start..lps tu keluar lambang (-).. tak keluar lmbang (N)...terus syp bila start..

Pomen Savvy said...

itu masalah pada bateri kereta...cek skali alternator tu ye...

Clearance Yeap said...

Hi bang saya terdeposit kereta savvy dan bulan depan ni akan dapat tu kereta,boleh tanya sebelum beli kereta itu apa nak cek paling penting dalam kondisi kereta tu? manatahu ada rosak yang saya tak pasti, boleh whatsapp kau tak,saya area kat Johor bahru.Nak tanya lebih lanjut sebelum saya ambil kereta savvy tu.

Pomen Savvy said...

Hi Clearance Yeap, boleh je klu nk whatsapp, xde masalah pun... 0106315942

adi zakry said...

salam tuan...nak tnya sikit nih pasal clutch position sensor yg dekat clutch pump tu sma x dgn yg kat modulator tu? sbb bila tengok nmpk mcm sama

Pomen Savvy said...

Salam Adie Zakrie,
mmg nampak sama tp kena tgk posisi gigi yg kt dalam tu...klu nk tukar pastikan spring dia masih boleh tarik-lepas dulu...dan lg skali, kena pastikn duduk arah gigi dia tu sama ye...

adi zakry said...

salam tuan..savvy sya skg ada mslah sikit,,bila jalan gear akan tendang ke manual mode dan mode auto mmg x akan dpt digunakan.clutch pump dan electric pump dah servis,,,bom dah tukar tahun lalu,,,ada kemungkinan x klu clutch pump yg leaking boleh menyebabkan bom kehbisan pressure?

Pomen Savvy said...

Salam Tuan Adie Zakrie,
ye mmg ada kemungkinannya disitu...clutch pump tu servis tukar o'ring ke atau amik brg tukar je? kena cek jugak paip getah warna hitam tu...takut dh reput...

adi zakry said...

clutch pump tu tukar kit dlm...paip getah tu masi bagus lagi tuan...

Pomen Savvy said...

rasanya lebih kpd minyak yg dh likat dan juga filter auto yg dh kotor sangat...

Unknown said...

Tuan saya ada masalah clutch pump savvy amt bocor,dah bli sensor original n clucth pump recond tp masih tak boleh breeding

Unknown said...

Tuan saya ada masalah clutch pump savvy amt bocor,dah bli sensor original n clucth pump recond tp masih tak boleh breeding

adi zakry said...

salam tuan....savvy sya kebelangkan ni kdg2 payah nak hidup...crank sja tpi xnak hidup...mnyak amt ckup
,, fuel pump dan electric pump hidup..tdc dah tukar..throttle body dah servis..bingung saya

Pomen Savvy said...

Salam Tuan Adie Zakrie,
coil dgn plug ok x? dan lagi satu, fuel pump running x? cara nk tau running ke x masa on kunci tu ada bunyik zzzZZZzzz kt seat belakang tu...
wayar TDC Sensor tu solder ke atau sambung gitu je?

Pomen Savvy said...

Tuan Farizan Mohd Arif,
masa pasang sensor tu tarik abis x kabel clutch pump tu? klu x tarik mmg sensor tu xkan bergerak...

adi zakry said...

fuel pump ok tuan..tdc tu baru..psang main sambung dgn soket asal xda solder..plug baru coil pn masi ok..keta blm ada tanda2 jerking

Pomen Savvy said...

Tuan Adie Zakrie,
klu crank saja tp xblh hidup, itu biasanya TDC Sensor...tp mustahil jgk klu nk kata Knock Sensor...pernah buat top overhaul ke sebelum ni? klu xpernah maknanya mmg masalah pd TDC Sensor tu...tukar yg ori ke atau yg biasa punya? sbb klu TDC Sensor yg bukan original mmg akan bermasalah xlama slps pemasangan...sbb kualiti xsama...

adi zakry said...

Belum pernah buat top overhaul lagi tuan.. Knock sensor tu apa fungsinya tuan? Skg ni reverse xda bunyi... Mgkn sensor rosak kali...

Pomen Savvy said...

Mcm yg dimaklumkn sblm ni, kena cek semula TDC sensor tu...sbb klu blum pernah buat top overhaul, mmg suspeknya adalah TDC sensor tu la...dan pastikan juga sambungan wayar23 ke ECU n TCU tu xlonggar ye...

asano said...

Salam Tuan, ingin bertanya savvy amt saya dah tukar bom n clutch plate, tapi masih juga jadi jerking dgn gear dr D tukar ke manual dr manual tukar ke D.satu lagi bila guna manual dr gear 5 masa kereta slow, gear tak tukar dan enjin terus mati . Apakah penyebabnya. Terima kasih.

asano said...

Salam tuan,
Ingin bertanya savvy amt saya baru tukar bom, speed sensor dgn clutch plate. Tapi problem lampu auto still nyala n masa memandu still jerking dan gear bertukar dr D ke manual. Jika saya guna Manual gear tak mau tukar masa kereta perlahan dan enjin terus mati dan kena off. Amik masa few second baru boleh start balik. Minta nasihat tuan. Thanks.

Pomen Savvy said...

Salam Tuan Asano,
clutch pump serta electric pump dh servis? punca tu rasanya lebih kpd yg 2 benda tu...

asano said...

Terima kasih tuan atas jwpan yg diberikan.belum servis lagi.

asano said...

Assalam Tuan,
Saya dan member dah bukak robotic amt savvy ni. Nak tanya, kami test semua solenoid yg ada hanya dua yg ada response bila kami test. Yg dua lagi tak de response normal ke? Atau yg tak response tu dah rosak? Jika dah rosak mana nak cari part utk solenoid? Minta nasihat tuan. Thanks

Pomen Savvy said...

Salam,
utk part2 tu klu xde respon tu maknanya dh rosak le tu...nk cari part tu kena cari part second sbb skrg ni dh xde rasanya part baru...biasanya sy cari kt kedai potong atau member2 yg ada simpan...

asano said...

Thanks Tuan. Moga ilmu tuan ttg kereta bertambah & rezeki tuan dimurahkan.

asano said...

Tuan, ingin bertanya system aircond savvy ada berkait dgn nyalaan lampu auto kat meter panel tak? Sbb saya dah tukar bom, solenoid dan clutch plate sudah juga servic clutch pump n electric pump.Masa drive tanpa aircond semua ok, bila saya on aircond lama sikit lampu auto tu nyala dan masalah lama berulang. Jerking n kereta melompat masa gear satu n engine stop. Minta nasihat Tuan, apa yg perlu dilakukan lagi. Terima kasih.

Pomen Savvy said...

Salam Tuan asano,
situasi sebagaimana yg Tuan katakan tu kebiasaannya berkait dgn api a.k.a power kurang...sebab bila on aircond jumlah kuasa api yg diperlukan sememangnya sgt banyak...adakah plug dgn coil masih berkeadaan baik? kalau masih baik, cuba buka keluar plug satu persatu dan cek semula...tapi kebiasaannya situasi mcmni boleh cuba swap dulu dgn kereta yg elok...jangan beli baru dulu sbb nakkan kepastian...
bila rujuk semula akan pertanyaan tuan pd 14 februari dulu tu, xde plak dinyatakan situasi yg sepertimana yg tuan maklumkan ini...maksud sy bila on suis aircond tu...maaf jika sy terlepas pandang ye...

adi zakry said...

salam tuan. bila masuk reverse xda bunyi sensor.. adakah reverse sensor tu rosak atau ada mslah lain?

Pomen Savvy said...

Salam Tuan Adie Zakrie,
klu sensor tak berbunyi tu maknanya sensor tu la yg dh rosak...gear R timbul ke x? klu timbul mmg confirmla sensor tu yg rosak...

adi zakry said...

salam tuan.. electric pump sya mcm lemah sgt bunyinya. biasa kuat dan kejap ja..skg nih bunyi x kuat dan lama..gear pula x dpt nak free. bila nak bagi free tendang balik kpd Drive, ,, adakah motor dah rosak? carbon brush masih tebal lagi...

Pomen Savvy said...

Salam Tuan Adie Zakrie,
itu tandanya gear lever tu dh pecah tu...bilamana kita tolak ke N tp jd gear lain2, ataupun tolak gear lain tp lain yg masuk, itu maknanya gear lever tu dh pecah dalam tu...

adi zakry said...

Terima kasih tuan..skg ada mslah baru lagi... bila masuk gear dan tekan minyak keta xnak gerak...bila tekan mnyak lama2 tetiba mcm melompat sperti klac kena lepas tiba2.. ada bunyi kuat berdentum lagi tu

Pomen Savvy said...

Tuan Adie Zakrie,
itu tandanya clutch plate + pressure plate + clutch pum dah out a.k.a rosak...

Unknown said...

Savvy AMT sy thn 2005 problem leaking minyak AMT. Tak tau apa madalahnya. Belom baea ke wksp lg. Kete boleh stary n jalan cuma takut nk drive pasal bimbang buat hal tgh jln.nk tanya Tn POW masih beroperasi ker..location sy KLANG Selangor.

Unknown said...

Savvy AMT sy thn 2005 problem leaking minyak AMT. Tak tau apa madalahnya. Belom baea ke wksp lg. Kete boleh stary n jalan cuma takut nk drive pasal bimbang buat hal tgh jln.nk tanya Tn POW masih beroperasi ker..location sy KLANG Selangor.

Pomen Savvy said...

Unknown, ye sy masih beroperasi lg...klang di mana tu ye? sy perlu dtg untuk periksa terlebih dahulu...tp kebiasaannya leaking tu hny pd clutch pump dgn hos hitam tu je tu...apa2 boleh wasap kt 0106315942 ye, tq...

adi zakry said...

savvy amt saya skg sllu payah nak idup. .. tdc dah tukar baru,, coil masih ok sbb keta xda jerking bunyi enjin masih steady. bila x dpt idup api xda,, fuel pump jalan juga... fuel filter dah tukar. bingung skg ni nak buat apa... bila scan xda fault kluar

Pomen Savvy said...

adi zakry,
payah nak idup tu camner? crank ada tp xmau idup ke atau camner? klu ye, try cek temp sensor...lokasi temp sensor sebelah dgn termostat...
ATAUPUN sambungan wayar TDC Sensor tu yg dh keras / longgar...dulu selalu kena kes camtu...peningla tukar habis dh semuanya xboleh idup jgk...last2 tukar set connector tdc tu terus elok...

mhi said...

Tuan Pomen, Savvy AMT saya tak leh pegi ke N. Tak boleh start. Gear dah tak free pulak. Lokasi Segambut KL.

Pomen Savvy said...

Tuan mhi,

dah selesai dah...terima kasih kerana mempercayai sy untuk memperbaiki kenderaan Tuan...

adi zakry said...

tukar set tdc ok dah tuan.. nak tnya lagi tuan apa simptom jika modulator nak rosak? adakah gear lamabat tukar atau mcm mna?

Pomen Savvy said...

adi zakry,
modulator klu nk rosak tu bnyk jgk simptom2nya...klu gear lambat masuk tu bukan pd modulator tu shj tp kena tgk jgk pd clutch plate + cp sensor pd clutch pump + leaking pd clutch pump...
senang citer, klu modulator nak rosak gear akan rasa mcm sentap2 sikit bila nak engage sbb modulator ni part otak yg menjalankan robotik gear amt...

adi zakry said...

clutch plate nak abis boleh jadi juga kan. ari tu ada scan bacaan clutch pos 44mm....dan ada fault fast leak. .

Pomen Savvy said...

betul tu adi zakry...

Unknown said...

Saya dari Indonesia boleh tak bagi ilmunya, madam mana saya punya savvy amt lampu auto terms menyala Dan gigi tak mahu masuk, electric pump sdh ganti, accumulator juga sudah ganti

Pomen Savvy said...

Mr. Unknown,

electric pump dan accumulaator pump dh tukar? electric pump tu tukar baru ke atau recond? klu gear tak boleh nak engage tu cuba check level minyak auto dulu, cukup atau tidak...
tapi kalau cukup, kena check bahagian clutch pump dan juga bahagian lain2...sistem AMT ni berangkai, sebab tu harus periksa keseluruhan...kalau nak di perturunkan ilmunya harusnya bertemu bukan gitu? boleh sahaja call atau whatsapp saya di 010-6315942 ya, tq...

adi zakry said...

salam tuan.. speed meter sya x hidup... speed sensor dah tukar dan juga meter tpi masih x gerak meter tu..

Pomen Savvy said...

Salam Tuan Adi Zakry,
itu maknanya gigi bhgn flywheel tu dh terlalu haus tu...sbb tu xdpt bacaan speed...kerja2 yg perlu dan harus dilakukan adalah ;

1 - buka gearbox...
2 - cuci slot flywheel...
3 - tukar set gigi yg menjadi penghubung antara speed sensor dgn flywheel (set ni plastik kebiasaannya warna putih) dan set ni agak sukar jgk nk dapat...

bila dah cuci dan tukar set penghubung tu, cek skali wayar connector plug speed sensor tu...sbb ada kes yg dijumpai wayar tu dh hampir putus sbb kena gigit oleh si tikus...
kebiasaannya klu dh buka cuci flywheel dan tukar connector plastik tu meter dh elok normal dah...

adi zakry said...

terima kasih tuan atas ilmu tu... satu lagi sya nak tnya boleh x modulator tu diservis saja? ataupun kena tukar sebijik terus

adi zakry said...

salam tuan... ni ada satu mslah lagi... electric pump, clutch pump dan bom da tukar tpi bila nak engage gear contohnya drp D kepada gear x terus kepada R tetapi pergi kpd N.. kena tukar sekali lagi baru enagage kpd R... lama kelamaan masuk R saja lagi boleh.. bila disconnect socket gearstick dan tekan brek boleh pula masuk D... lpas tu tukar gearstick masih juga mslah sama.. bingung da ni

Pomen Savvy said...

Salam Tuan Adi Zakry,

Modulator mmg sy xgalakkan utk servis shj sebab oilseal2nya klu dh kembang xguna jgk nk guna semula...pernah cuba dulu utk servis & guna semula oilseal2 tu tp hasilnya xmemuaskan...dh cuba jgk cari oilseal2 bersaiz asal tp susah sgt2 nk jumpanya...

utk komen yg ke2 tu, rasanya lbh kpd gearstick tu yg problem tu...yg tukar tu dh buat betul ke atau just tukar je? sbb klu salah buat atau sdenget sikit je pun part dlm tu, mmg akan ada masalah...

Budakmelayupenang said...

Salam tuan,bengkel yang boleh perbaik savvy di area kedah or penang ada x? Mana tahu ada sahabat2 tuan yang mahir disini

Pomen Savvy said...

Salam Budakmelayupenang,

kebiasaannya sy turun kesana, bak kata org "all rounder"...tp buat masa skrg ni handphone xboleh nk on so sy xdpt nk tgk nombor telefon Sifu di Kuala Kedah tu...klu area penang tu mmg dulu selalu jgk turun...skrg ni je dh kurang outstation sbb kereta savvy pun dh makin kurang diatas jalanraya...

adi zakry said...

salam tuan... apa yg menyebabkan minyak dlm tangki atf tu berbuih?

Pomen Savvy said...

Salam Tuan Adi Zakry,
minyak dlm tangki atf berbuih disebabkan ada udara a.k.a bubble terperangkap dlm sistem amt...macamana boleh ada bubble? akibat dr pembukaan sistem amt tu la yg menyebabkan adanya bubble tu...

adi zakry said...

Salam tuan.... Apa mslah bila electric pump x berhenti pusing? Enjin dah mati tpi electric pump masi hidup... Gear pula stuck kat 3

Pomen Savvy said...

salam Tuan
maaf lmbt...baru ada kesempatan nk tgk blog sbb dh lama xde pc...
klu electric pump xberhenti running tu sbb ada shortage tu...last sekali mesti dia akan stop jgk sbb pasti akan terbakar...

Pomen Savvy said...

lupa plak yg last tu...

gear stuck kt 3? cuba tanggalkn dulu electric pump tu...tgk keadaan dlm tu...klu dh hangit tu mmg xboleh nk buat apa2 dh tu...tp klu ok lg boleh cuba rendam petrol dulu semalaman n then try pasang semula...sblm pasang test dulu samada boleh running atau x...

aishah said...

Salam en, saya nak tanya pasal savvy amt. kereta saya ada masalah:

1. pump gearbox leaking. yang ini kalau tukar memang mahal dan kalau nak tukar kena angkat sekali dengan enjin ke?

2. lampu auto selalu on dan meter speed bertukar jadi 0.

3. gear manual pulak taknak bertukar daripada gear 1 ke gear 2 dan gear auto macam tidak berfungsi.

Minta en tolong untuk nasihatkan. terima kasih

Pomen Savvy said...

Salam Aishah,

1. xperlu angkat enjin pun klu leaking tu...buka part yg perlu shj dh cukup...

2. speed sensor dh rosak/ kotor...

3. electric pump dh mula tunjuk tanda @ gear lever dh crack...kena cek utk kepastian...

boleh call/ whatsapp sy di nombor 0106315942, tq...

«Oldest ‹Older   201 – 318 of 318   Newer› Newest»