Monday 26 May 2014

Cara2 Penggunaan Automated Manual Transmission (AMT) Yang Betul



بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
dan Salam Sejahtera,




[edited on 19 january 2016 - konsep "booked & locked" ialah konsep yg diamalkan oleh aku sendiri untuk mengelakkan diri ini dari tertipu / ditipu / dll...oleh itu sesiapa yg tidak bersetuju @ tidak mahu bekerjasama dalam konsep ini, maaf, anda tidak akan dilayan...konsep ini juga adalah untuk melindungi hak-hak aku & pelanggan...dan konsep ini berdasarkan kepada 'siapa yg bayar dulu dialah yg akan diutamakan...sekian, terima kasih...]

[edited on 29 march 2022 - lokasi Pomen Pokok Ceri adalah di IPOH, PERAK...jadi kpd sesiapa yg GOOGLE Pomen On Wheel sila ambil maklum...sekian, terima kasih...]

Cara2 penggunaan sistem AMT yang betul ;

1- Sentiasa pastikan air-cond on setiapkali pemanduan...
- ini adalah kerana proton savvy hanya ada satu je kipas kat dalam engine bay tu...dan tugas kipas tu adalah untuk menyejukkan sistem enjin dan juga sistem gearbox...

2- Pastikan gear berada dalam kedudukan N dan brek tangan a.k.a handbrake ditarik sekiranya menunggu di lampu isyarat atau persimpangan mahupun didalam kesesakan jalanraya...
- ini adalah kerana sekiranya brek kaki a.k.a pedal brek ditekan sentiasa semasa menunggu (tidak kiralah gear di N ataupun D) clutch pump dan clutch plate dan juga electric pump akan berpusing tanpa henti untuk mencari gear yang paling rendah yangmana piston didalam clutch pump akan mengalami calar...ini akan mengakibatkan O Ring didalam clutch pump pecah secara perlahan...

3- Jangan amalkan drag a.k.a pedal to the metal scene...
- kereta savvy AMT ni memang seronok kalau buat main drag...lagi2 plak bila ekzos dah bunyi bising, jalan plak lurus je, memang sedap melayan...tapi harus diingat, tali clutch pump boleh putus akibat dari pengamalan pedal to the metal scene ini...

Pomen Pokok Ceri @ Atan
 010-6315942

No comments: